Dulu, aku sering merungut & mengabaikan aduan mereka..tapi kalau benda2 yang serius tak pernah lagi aku abaikan setakat ni (gaduh, sakit, etc)..aduan yang sering aku dengar sejak bertugas menjadi warden ni ialah K.A.W.A.N
Yup, kanak-kanak dan kawan-kawan memmang tak dapat dipisahkan...pengaruh kawan terhadap dunia kanak-kanak sangat besar...apatah lagi bagi kanak-kanak yang tinggal di asrama...eh, ada ke asrama untuk sekolah rendah?adeeee...inilah tempatnya, a place where i work now...
Kalau dah namanya pun duduk di asrama, kawan-kawan yang tinggal di asrama lah keluarga mereka...daripada aduan dan pemerhatian aku sepanjang berada di sini, terdapat segelintir murid-murid perempuan yang suka meng'control' kawan-kawan mereka yang lain..apabila A kawan dengan B, A tak benarkan B rapat dengan C...yang peliknya bila ditanya B kenapa ikut je cakap a, dia akan cakap takut dengan A...kalau ditanya kenapa takut dengan A, tiada jawapan...
Bukannya tak pernah bagi nasihat, teguran, leteran yang panjang berjela pun sudah....rotan pun pernah...masalah ni cuma akan selesai sehari dua saja, esoknya..pasti akan aduan lagi...perkara ni la yang membuatkan aku kadang kala bosan untuk mendengar aduan mereka...akhirnya, aduan mereka umpama angin lalu saja di telingaku....
Tapi, awal tahun ni baru aku sedar sesuatu....they're far away from their family and i'm the closer person they have right now...not all of them have a perfect family....(huwaaaa...rasa berdosa pun ada bila jaga diaorg ni...kadang-kadang rasa tak menunaikan hak yang sepatutnya)....
So, juz dengar jela bila diaorang mengadu bcoz i'm the only person they have at this moment...nk mengadu ngan mak ayah (kalau masih ada) jauh..ada plak jenis tak kisah sangat dengan anak-anak...bila perlu selesaikan masalah tu, selesaikan...kalau benda kecil2 tu, juz dengarkan sahaja...they juz need someone to talk to....
~sedang belajar untuk menjadi pendengar yang baik..chayok!~

